KUALA LUMPUR: Saman secara pos atau 'saman ekor' akan dihantar ke rumah kepada mana-mana pengguna jalan raya di seluruh negara yang memandu melebihi had laju.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nasri Omar berkata, penguatkuasaan terhadap kesalahan memandu laju bagi pengeluaran notis K170A telah dikuat kuasa bermula Isnin.
Menurutnya, penguatkuasaan ke atas kesalahan memandu melebihi had laju ini akan dijalankan secara berterusan di semua kontinjen dan daerah.
"Sebanyak 8,718 saman K170A telah dikeluarkan pada semalam (Isnin).
"Pecahan saman mengikut kenderaan adalah 8,352 kereta, motosikal (44) manakala kenderaan perdagangan dan perkhidmatan sebanyak 322," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.
Beliau berkata, penguatkuasaan saman bagi kesalahan memandu melebihi had laju akan dijalankan secara berterusan bagi memberi peringatan kepada semua pengguna jalan raya agar mematuhi peraturan yang ditetapkan di dalam negara.
Ujarnya, memandu melebihi kelajuan ditetapkan adalah salah satu punca utama kemalangan jalan raya di negara ini di mana pemandu gagal mengawal kenderaan hingga berlaku hilang kawalan.
"Notis pemberitahuan saman K170A bagi kesalahan memandu melebihi had laju akan disampaikan kepada pemilik kenderaan mengikut alamat lesen memandu secara pos surat berdaftar," ujarnya.
Tambahnya, JSPT akan menggunakan kamera tembak laju bagi merakam mana-mana pengguna jalan raya yang melanggar had laju yang ditetapkan.
“Saman kompaun sebanyak RM300 akan dikenakan kepada mereka yang dikesan," katanya.
Katanya lagi, adalah menjadi tanggungjawab pemilik kenderaan memberi butiran pemandu kenderaan yang telah melakukan kesalahan tersebut dalam tempoh tujuh hari dari penerimaan notis pemberitahuan kesalahan.
"Semua kesalahan memandu melebihi had laju boleh dikompaun dan dijelaskan di mana mana bahagian trafik daerah di seluruh negara," jelasnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Aug 22 2023
JSPT akan menggunakan kamera tembak laju bagi merakam mana-mana pengguna jalan raya yang melanggar had laju yang ditetapkan. - Gambar hiasan
Kerajaan cuba pastikan satu peranti untuk satu pelajar - Zahid Hamidi
Kerajaan akan cuba memastikan setiap pelajar dan murid dibekalkan dengan sebuah peranti bagi memudahkan kaedah pembelajaran secara digital, kata Ahmad Zahid.
Siasatan berhubung dakwaan peminjam koperasi disenarai hitam sedang dijalankan - Ewon
Siasatan berhubung dakwaan peminjam sebuah koperasi disenarai hitam oleh bank walaupun sudah melangsaikan hutang sedang dijalankan.
RM2 juta rancakkan program JEJAK tahun ini, persiapan Tahun Melawat Malaysia 2026
Sebanyak RM2 juta diperuntukkan bagi bantuan insentif program JEJAK sebagai sokongan awal menggerakkan koperasi yang terlibat dalam sektor pelancongan.
Pusat Rawatan TH dapat pengiktirafan Arab Saudi tiga tahun berturut-turut
Pusat Rawatan TH itu adalah pusat rawatan jemaah haji luar negara pertama di Arab Saudi yang mendapat kelulusan berkenaan.
Istiadat Pertabalan YDP Agong pada 20 Julai, sambutan Hari Keputeraan pada September
Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 akan dilangsungkan pada 20 Julai akan datang.
Brazil komited bekerjasama dengan Jakim dalam pembangunan halal
Badan pensijilan halal Brazil, Fambras Halal optimis Malaysia akan sentiasa menjadi peneraju dalam industri halal di peringkat global.
Wai Ching mahu 'tawan' Merdeka 118, pecah Rekod Dunia Guinness
Wai Ching bercadang untuk melawat menara Merdeka 118 pada Julai bagi mengenal pasti jumlah langkahan yang perlu dilakukan untuk lengkapkan larian.
WHO luluskan vaksin denggi baharu TAK-003
TAK-003 merupakan vaksin lemah hidup yang mengandungi versi lemah dari keempat-empat serotip virus yang menyebabkan denggi.
AWANI Ringkas: 46 negara guna 'autogate' | Kadar alkohol tinggi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ICJ tolak permintaan Israel untuk tangguh perbicaraan
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) menolak permintaan Israel untuk menangguhkan perbicaraan pada Khamis hingga minggu depan.
Pemilik kenderaan boleh pertikai saman ekor
Nik Ahmad Kamal berkata penerima notis atau pemilik kenderaan yang tidak melakukan kesalahan boleh mempertikaikan saman di mahkamah.
Lebih 8,000 'saman ekor' dikeluarkan hari pertama operasi saman tembak laju
Sebanyak 8,718 saman dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara dalam operasi saman tembak laju yang bermula semalam (21 Ogos).
'Saman ekor' akan dihantar ke rumah
Saman secara pos atau 'saman ekor' akan dihantar ke rumah kepada mana-mana pengguna jalan raya di seluruh negara yang memandu melebihi had laju.